Wednesday, February 10, 2010

CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

ABSTRAK
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Dalam kecanggihan teknologi bidang kejuruteraan yang mengalami inovasi pantas dan berterusan, kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar juga harus berada di landasan sama dengan perubahan arus teknologi terkini. Kertas kerja ini membincangkan pengalaman serta amalan tenaga akademik di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES), UKM dalam melaksanakan beberapa teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran baru. Kaedah-kaedah tersebut ialah pengajaran berpasukan (TT – Team Teaching), kaedah jigsaw, kritikan terbuka, dan penilaian rakan kumpulan (PRK). Kaedah pengajaran berpasukan telah menggabungkan tenaga pengajar berpengalaman dan baru dalam sesebuah subjek.
Kaedah ini sebagai langkah bagi memperoleh manfaat maksimum dari gabungan dua generasi kakitangan akademik. Melalui kaedah TT, kakitangan akademik juga dapat memberi lebih tumpuan kepada bidang penyelidikan masing-masing. Seterusnya, kaedah pembelajaran jigsaw yang terbukti berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran turut dilaksanakan. Kaedah kritikan terbuka pula memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki kebolehan berkomunikasi secara spontan di khalayak ramai. Pengajar boleh memberi kritikan membina supaya pelajar dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan secara terus dan kaedah ini merupakan satu proses melengkapkan gelung untuk tujuan penambahbaikan. Selain itu, penilaian rakan kumpulan (PRK) juga diadakan dalam kursus-kursus terpilih bagi pelajar menilai rakan sekumpulan sebagai memenuhi keperluan kompetensi kemahiran generik kerja kumpulan. Semua kaedah ini terbukti telah membantu memantapkan penilaian sumatif yang merangkumi komponen peperiksaan, kuiz, makmal, dan tugasan.

Kata kunci: Pengajaran berpasukan, kaedah jigsaw, kritikan terbuka, penilaian
kendiri pelajar, penilaian rakan kumpulan .

SEDIA UNTUK DI KOMEN........
SILA KLIK LINK DIBAWAH UNTUK ARTIKEL PENUH :

http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/fauzi2.pdf

9 comments:

  1. Ciri pengajaran dan pembelajaran berkesan amat penting kerana ianya akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar.Melalui kaedah ini guru akan dapat memperbaiki cara penyampaiannya kepada pelajar.Amat penting kepada guru yang mereka juga harus ada Penilaian Rakan Kumpulan (PRK) seperti mana yang ada dalam kaunseling.Memalui PRK guru lebih dapat memperbaiki cara pengajaran mereka.Kepada pelajar pula kaedah ini juga akan lebih banyak membantu mereka untuk lebih memahami apa yang diajarkan oleh guru mereka.Pelajar juga perlu kepada PRK kerana melalui pembelajaran secara berkumpulan mereka akan lebih mudah bertanya sesama mereka jika mereka malu untuk bertanya kepada guru.

    ReplyDelete
  2. Salam.Arttikel ini memberi input yang baik kepada semua guru-guru baru yang belum memounyai pengalaman mengajar dan juga guru lama tetapi tak pernah mengukuti mana-mana kursus untuk meningkatkan prestasi untuk mengajar yang menyebabkan pelajar berasa bosan dengan pengajaran dan langsung tak berminat untuk meneruskan pembelajaran mereka oleh kerana penyampaian guru kurang menarik minat mereka,oleh itu guru hendaklah sentiasa muhasabah diri mereka untuk mensesuaikan pengajaran mereka dengan zaman sekarang.

    ReplyDelete
  3. Ulasan artikel:
    Sebagai seorang guru, tidak dapat tidak kita amat memerlukan kepelbagaian strategi dan kaedah pedagogi yang terkini untuk memastikan hasil pembelajaran dalam mata pelajaran yang kita ajar mencapai tahap keberkesanan yang optima. Ciri-ciri yang didedahkan dalam artikel ini memberi suatu pendekatan baru yang boleh diaplikasi selari dengan kemajuan peranan arus IT dan ICT dalam era pendidikan global kini.
    Corak mengajar yang diamalkan oleh bahagian kejuruteraan dalam artikel memberi suatu idea yang masih boleh dikritis oleh para guru dalam memperkayakan kaedah pengajaran yang sedia ada. ini penting kerana kita sedia maklum dalam teori Howard Gardner bahawa setisp individu mempunyai kecerdasan pelbagai ( Multiple Intelligent) dan guru pelu mempelbagaikan kaedah untuk memastikan variasi individu berjaya diatasi dalam pembelajaran mereka sehari-hari.

    ReplyDelete
  4. Salam..Kesimpulannya, teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang diketengahkan
    dalam program-program JKEES pada tahun akademik 2007/2008 telah memberikan
    petunjuk yang positif. Teknik-teknik yang dimaksudkan iaitu pengajaran berpasukan,
    kaedah jigsaw, kritikan terbuka, dan penilaian rakan kumpulan (PRK) terbukti
    memberi manfaat kepada pihak pelajar dan pengajar. Kedua-dua belah pihak secara
    langsung telah dapat memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan
    yang berasaskan masalah (Problem Based Learning – PBL) dan Pendidikan
    Berasaskan Hasil (Outcome Based Education – OBE) yang diamalkan oleh JKEES
    ketika ini.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,
    Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Dalam kecanggihan teknologi bidang kejuruteraan yang mengalami inovasi pantas dan berterusan, kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar juga harus berada di landasan sama dengan perubahan arus teknologi terkini. Kertas kerja ini membincangkan pengalaman serta amalan tenaga akademik di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem ,UKM dalam melaksanakan beberapa teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran baru. Kaedah-kaedah tersebut ialah pengajaran berpasukan, kaedah jigsaw, kritikan terbuka, dan penilaian rakan kumpulan. Kaedah pengajaran berpasukan telah menggabungkan tenaga pengajar berpengalaman dan baru dalam sesebuah subjek. Kaedah ini sebagai langkah bagi memperoleh manfaat maksimum dari gabungan dua generasi kakitangan akademik.

    ReplyDelete
  6. Salam...
    amatlah penting bagi seseorang guru mempelajari teknik-teknik pengajaran berkesan. artikel ini banyak mengetengahkan ciri2 p&p yang berkesan seperti Pengajaran berpasukan, kaedah jigsaw, kritikan terbuka, penilaian kendiri pelajar, penilaian rakan kumpulan dan banyak lagi yang dapat membantu mewujudkan suasana p&p yang berkesan...

    ReplyDelete
  7. Salam.

    berkenaan artikel ini saya tertarik dengan kaedah pengajaran berpasukan (TT – Team Teaching). Kaedah pengajaran berpasukan ini telah menggabungkan tenaga pengajar berpengalaman dan baru dalam sesebuah subjek.
    Kaedah ini adalah satu langkah yang bijak dan terkedepan bagi memperoleh manfaat maksimum dari gabungan dua generasi kakitangan akademik.

    ReplyDelete
  8. salam ...

    melalui artikel ini, tidak dapat dinafikan kepentingan guru untuk mengetahui dan menguasai pelbagai kaedah pengajaran. salah satunya ialah penilaian rakan kumpulan (PRK). Ia diadakan dalam kursus-kursus terpilih bagi pelajar menilai rakan sekumpulan sebagai memenuhi keperluan kompetensi kemahiran generik kerja kumpulan. Semua kaedah ini terbukti telah membantu memantapkan penilaian sumatif yang merangkumi komponen peperiksaan, kuiz, makmal, dan tugasan.

    ReplyDelete
  9. salam..leh trgkn x lg..camne pengajaran jigsaw ni bg faedah dan kebaikan pd pljr dn guru..bg artikal cnth tntg pengajaran teknik jigsaw ni..

    ReplyDelete