Wednesday, February 10, 2010

CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

ABSTRAK
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Dalam kecanggihan teknologi bidang kejuruteraan yang mengalami inovasi pantas dan berterusan, kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar juga harus berada di landasan sama dengan perubahan arus teknologi terkini. Kertas kerja ini membincangkan pengalaman serta amalan tenaga akademik di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES), UKM dalam melaksanakan beberapa teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran baru. Kaedah-kaedah tersebut ialah pengajaran berpasukan (TT – Team Teaching), kaedah jigsaw, kritikan terbuka, dan penilaian rakan kumpulan (PRK). Kaedah pengajaran berpasukan telah menggabungkan tenaga pengajar berpengalaman dan baru dalam sesebuah subjek.
Kaedah ini sebagai langkah bagi memperoleh manfaat maksimum dari gabungan dua generasi kakitangan akademik. Melalui kaedah TT, kakitangan akademik juga dapat memberi lebih tumpuan kepada bidang penyelidikan masing-masing. Seterusnya, kaedah pembelajaran jigsaw yang terbukti berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran turut dilaksanakan. Kaedah kritikan terbuka pula memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki kebolehan berkomunikasi secara spontan di khalayak ramai. Pengajar boleh memberi kritikan membina supaya pelajar dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan secara terus dan kaedah ini merupakan satu proses melengkapkan gelung untuk tujuan penambahbaikan. Selain itu, penilaian rakan kumpulan (PRK) juga diadakan dalam kursus-kursus terpilih bagi pelajar menilai rakan sekumpulan sebagai memenuhi keperluan kompetensi kemahiran generik kerja kumpulan. Semua kaedah ini terbukti telah membantu memantapkan penilaian sumatif yang merangkumi komponen peperiksaan, kuiz, makmal, dan tugasan.

Kata kunci: Pengajaran berpasukan, kaedah jigsaw, kritikan terbuka, penilaian
kendiri pelajar, penilaian rakan kumpulan .

SEDIA UNTUK DI KOMEN........
SILA KLIK LINK DIBAWAH UNTUK ARTIKEL PENUH :

http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/fauzi2.pdf